Suspek Warga Asing Kes Rogol Berjaya Ditangkap

Seorang lelaki warga asing berumur 30an ditangkap sepasukan polis dari Balai Bandar Sri Indah kerana disyaki terlibat dengan kes rogol melibatkan seorang wanita di Batu 35 Jalan Tawau – Semporna.

Sewaktu kejadian suspek telah berjumpa dengan mangsa di luar rumah mangsa dan telah mengugut mangsa menggunakan senjata tajam agar mengikut suspek. Mangsa yang ketakutan telah mengikut suspek dan sehingga tiba di suatu kawasan suspek bertindak merogol mangsa.

Suspek telah ditangkap hasil serbuan polis di kawasan rumah pekerja Ladang Tundong dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yg boleh sampai 20 tahun dan juga sebatan.

May be an image of 4 people

Sumber: FB Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *