Pengambilan PDRM Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 2023

Pengambilan PDRM secara besar-besaran sedang diadakan oleh Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia. Kami kongsikan kepada anda maklumatnya.

Bagi anda yang berminat untuk memohon menjadi anggota polis, ini merupakan peluang anda untuk menjadi  Konstabel Polis Gred YT1 bagi lelaki dan perempuan.

pengambilan pdrm 2023

Gaji Dan Faedah

Berikut merupakan gaji dan faedah menjadi polis.

  • Gaji RM1,220.00-RM2,748.00
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup
  • Bayaran Insentif Wilayah
  • Bayaran Insentif Khas ODRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan.

Baca Juga: Polis Tawau Tingkatkan aktiviti cegah jenayah

Syarat Kelayakan Pengambilan PDRM

Syarat kelayakan pengambilan PDRM seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Akademik Lulus PMR/PT3 dengan kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan lulus 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik
  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dab 157 sm (wanita)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan 48 kg (wanita)
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 sehingga 26
  • Ukuran lilit dada sekurang-kurangnya 81 SM (biasa) dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat dan
  • Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

 

Diskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Jabatan Pengurusan
  • Cawangan Khas
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
  • Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
  • Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
  • Jabatan Logistik dan Teknologi
  • Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  • Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  • Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

 

Cara Memohon

Permohonan secara atas talian melalui portal rasmi PDRM https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

pengambilan pdrm

pengambilan pdrm

Tarikh Permohonan

12/01/2023-25/01/2023

Selamat maju jaya dan berjaya kepada mereka yang ingin memohon jawatan ini!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *