Polis Tawau Tingkatkan Aktiviti Cegah Jenayah

Tawau, 08 Januari 2023 – Polis Tawau meningkatkan tindakan pencegahan jenayah dengan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan tumpuan masyarakat.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, PDRM Tawau akan mempastikan tugas rondaan cegah jenayah kerap dijalankan untuk mewujudkan komuniti selamat dan mengekang cubaan melakukan jenayah.

Memastikan Masyarakat Sentiasa Dalam Keadaan Selamat

“Fokus Keutamaan adalah untuk mempastikan masyarakat di daerah Tawau ini sentiasa berasa selamat dan masyarakat turut selesa yakin apabila berada di sini. Rondaan seumpama ini akan dipertingkatkan dari masa ke masa,” katanya.

May be an image of 5 people, motorcycle and outdoors

Nasihat Keselamatan Dengan Masyarakat Dan Pemilik Premis

Jelasnya, selain aktiviti cegah jenayah, pihaknya akan mengambil kesempatan untuk bertemu dengan masyarakat dan pemilik permis untuk memberikan nasihat keselamatan bagi mencegah berlakunya sebarang kejadian tidak di ingini khasnya pada cuti umum dan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

May be an image of 3 people, motorcycle and outdoors
Selain itu, Polis Daerah Tawau juga giat aktif menjalankan operasi Op Lejang yang berkonsepkan agresif policing dan tindakan pro aktif di mana semua balai Polis dan unit khas dalam IPD Tawau seperti strike team, trafik, narkotik, JSJ dan JPJKK akan turut sama dalam usaha menangani kes kecurian motosikal di daerah ini.

Sumber: Fb Polis Daerah Tawau 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *