Bajet RM5,437 anda boleh ke 6 tempat melancong luar negara ini!

Warga Tawau terkejut dan tidak menyangka dengan harga tiket sehala yang dipaparkan di laman sesawang pembelian tiket kapal terbang.

Dengan harga RM5,437 tiket sehala, ia merupakan antara tiket termahal ke Tawau pada tarikh 20 April 2023 menjelang Hari Raya Aidilfitri. Fuh keras betul harga tiket balik Tawau. Mungkin sebab Tawau ni hujung dunia betul. Hahaha.

Ke Luar Negara Dengan Bajet RM5,437

Tapi tahukah anda, dengan bajet RM5,437 anda boleh ke 6 lokasi luar negara untuk melancong? Kami kongsikan kepada anda lokasi-lokasi yang anda boleh lawat dengan bajet kapal terbang sebanyak RM5,437.

1) Bali Indonesia

Mengikut hasil tinjauan di laman sesawang pembelian tiket kapal terbang, harga untuk satu orang ke Bali hanya  RM530.

2) Busan Korea Selatan

Mahu pegi korea? Boleh bah kalau kau. Nah harga tiket kapal untuk ke Busan Korea pun bukan kaleng-kaleng. Dengan harga RM669 anda boleh untuk ke korea.

3) Hatyai Thailand

Mahu melancong di sekitar Asean sak? Boleh ndakda masalah bah tu. Anda boleh ke Hatyai Thailand dari Kuala Lumpur. Harga tiket cuma sekitar RM593 sahaja.

Bestnya ni pegi Thailand makan-makanan Thailand sambil tengok view-view cantik. Fuh.

4) Istanbul Turki

Dengan bajet RM5,437, anda boleh juga ke Istanbul Turki. Harga tiket cuma RM2,262.

5) Madinah Al Munawwarah Arab Saudi 

Dengan harga penerbangan RM1,825 anda boleh untuk pergi Madinah Arab Saudi untuk menunaikan umrah atau melancong.

6) Tokyo Jepun

Mahu pergi ke Jepun? Pun boleh bah. Dengan harga tiket Rm1,444 anda boleh untuk ke Tokyo Jepun. Jadi adakah situ? Hahaha

Kasihan Anak Perantau Tawau

Inilah realiti yang selalu dihadapi oleh anak-anak Tawau yang ingin balik ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tersayang. Pengorbanan yang harus mereka lakukan. Tapi sekiranya tiket telampau gila mahal, pastinya mereka terpaksa beraya di perantauan sebagai anak perantau bersama dengan anak perantau yang lain.

Sedihnya tu, dengar takbir raya baru keluarga tiada di sisi. Huhuhu.

Semoga masalah tiket mahal setiap kali Hari Perayaan akan menemui jalan penyelesaiannya.

“Anak perantau cuma ingin pulang beraya bersama keluarga tercinta.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *