Aset atas nama ibu, isteri gagal tuntut harta suami bernilai RM342.14 juta

Hasrat isteri pemain bola sepak  antarabangsa Maghribi Achraf Hakimi, iaitu Hiba Abaouk yang memfailkan perceraian dan menuntut separuh daripada hartanya tidak kesampaian.

Aset Didaftarkan Atas Nama ibunya

Menurut laporan daripada portal siasat.com, mahkamah memaklumkan kepada Hiba bahawa suaminya itu secara sah tidak memiliki apa-apa kerana semua asetnya didaftarkan di bawah nama ibunya.

Walaupun Achraf menerima RM4.89 juta gaji setiap bulan daripada PSG, namun 80 peratus jumlah daripada gajinya itu dimasukkan ke dalam akaun ibunya yang dikenali sebagai Fatima.

Semua Harta Atas Nama Ibu

Achraf Hakimi pemain bola sepak muda yang sedang meningkat naik itu nampaknya tidak mempunyai harta, kereta, rumah, barang kemas malah pakaiannya juga didaftarkan atas nama ibunya.

Dijangka Terima Kekayaan Bernilai RM342.14 Juta Dari Suami

Ketika mereka berada di hujung pengakhiran perpisahan hubungan, Hiba dijangka akan menerima bahagian yang sama daripada kekayaan Achraf bernilai RM342.14 juta.

Dokumen Jadi Bukti Penting

Namun apakan daya, menurut daripada dokumen mendedahkan bahawa segala aset Achraf itu didaftarkan di bawah nama ibunya dan Hiba tidak mempunyai tuntutan undang-undang terhadap aset tersebut.

Rata-rata netizen berasa puas hati dan memuji tindakan yang dilakukan oleh Achraf satu tindakan yang bijak dan berada di luar kotak pemikiran.

Jadilah seperti Achraf yang bijak menguruskan hartanya.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *