Jumpa wang tunai RM18,000 di dalam troli

Seorang pekerja menemui sebuah beg yang mengandungi wang tunai sebanyak RM18,000 dan dokumen peribadi lain.

Wang tunai dan dokumen itu ditemui di dalam troli di AEON Alpha Angle Wangsa Maju open parking.

Selepas ditemui oleh staf tersebut, beg itu diserahkan di kaunter khidmat pelanggan untuk dikembalikan kepada pemilik asal beg tersebut.

Baca juga: SMK Tawau Johan Forum Remaja Sabah 2023

Pemilik Datang Menuntut Begnya

Seorang wanita telah datang dan menuntut begnya yang tertinggal di dalam troli.

Wanita tersebut mengakui bahawa jumlah wang di dalam beg itu tidak berkurangan.

Sikap Jujur & Amanah Staf

Disebabkan kejujuran dan sikap amanah staf AEON Alpha Angle Wangsa Maju itu, wanita tersebut meminta agar diberikan penghargaan kepada Ram Akawal Mandal kerana sifat jujur dan amanahnya.

Tahniah Ram Akawal Mandal yang mempunyai sikap integriti yang tinggi dalam menjalankan kerja.

Sumber: FB AEON Delight Mall

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *