Operasi pemeriksaan premis sekitar Tawau

Operasi Pemeriksaan Premis telah dilakukan bersama rakan agensi penguatkuasa iaitu Bahagian Operasi (MPT) dan PDRM Tawau pada 12 Julai lalu.

Operasi ini bertujuan sebagai tindakan pemantauan operasi premis-premis di bandar Tawau termasuklah pusat hiburan dan restoran.

Antara lokasi yang terlibat adalah sekitar Garden City, 1 Arena serta kawasan fajar.

Proses Pemeriksaan Lesen

Operasi ini termasuklah proses pemeriksaan lesen perniagaan serta lesen operasi di bawah peruntukan undang-undang kecil Majlis iaitu Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Ordinan Hiburan Awam 1958.

Sebanyak 5 kompaun, 2 sitaan dan 2 notis amaran telah dikeluarkan kepada pemilik premis atas beberapa pelanggaran undang-undang sepanjang operasi dijalankan.

Foto ihsan: Majlis Perbandaran Tawau

Masyarakat Sentiasa Mematuhi Undang-Undang

Masyarakat diseru agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan bagi mengelak kesalahan yang sama berulang.

Orang ramai diminta untuk bekerjasama melaporkan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang kepada badan penguatkuasa berkenaan untuk tindakan

Sumber: Fb Majlis Perbandaran Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *