Polis Tawau selesaikan kes bunuh kurang 24 jam

Seorang lelaki yang disyaki suspek pembunuhan seorang buruh ladang telah ditahan oleh Polis Tawau dalam tempoh kurang 24 jam.

Suspek ditahan oleh Polis di bandar Tawau.

Hasil Maklumat & Risikan

Menurut maklumat dan risikan, suspek seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bombalai pada jam 11.33 malam.

Tangkapan itu diketuai oleh Ketua Polis Balai di kawasan bandar Tawau.

Baca juga: Operasi Pemeriksaan Premis oleh MPT & Polis

Foto ihsan: Polis Daerah Tawau

Penemuan Mayat Lelaki Disyaki Dibunuh

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, sebelum itu polis telah menerima panggilan daripada orang awam tentang penemuan mayat seorang lelaki disyaki dibunuh di Ladang Kawasan Merotai pada jam 12.27 tengahari.

Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa merupakan pekerja buruh ladang disyaki ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam.

Polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Foto ihsan: Polis Daerah Tawau

Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai digesa agar melaporkan sebarang kejadian jenayah atau dadah di saluran facebook IPD Tawau atau menerusi talian 089-772121 atau membuat laporan kepada balai polis berhampiran.

Sumber: Fb Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *