Kisah Kita Selamanya, Tema 140 Tahun F&NHB

Kota Kinabalu, 15 September 2023 – Bersempena dengan Ulang Tahun F&N yang ke-140, Kumpulan Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mengadakan sambutan meriah di Kota Kinabalu pada 14 September 2023. Sambutan ini menunjukkan keunggulan dan tradisi F&N yang berpanjangan, serta dedikasi yang tinggi dalam memberikan “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” melalui jenama-jenama yang diminati ramai. Dengan tema “Kisah Kita… Selamanya”, F&N menghargai hubungan erat yang terbina dengan rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, melalui produk-produk yang menjadi sebahagian daripada kenangan mereka.

Encik Graham Lim, Pengarah Urusan, Operasi Komersial Domestik (Malaysia Timur & Brunei), F&NHB berkata, “Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia Timur dan kami berhasrat untuk terus membangunkan pasaran ini. Selain itu, kami juga komited dalam menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh, kami telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Poster Digital Peringkat Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu sempena Hari Kebangsaan tahun ini. Inisiatif ini, yang dibuat bersama dengan Kementerian Pendidikan Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran kreatif dan menemui bakat-bakat baru di kalangan pelajar.”

140 Tahun F&N

YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah menyifatkan pencapaian F&N selama 140 tahun sebagai luar biasa dan menunjukkan komitmen jangka panjang terhadap negeri Sabah dan Sarawak. Beliau juga merasmikan pameran khas F&N yang berlangsung dari 14 hingga 17 September 2023 di Main Atrium, Kompleks Beli-Belah Suria Sabah, Kota Kinabalu. Pameran ini menampilkan sejarah dan warisan F&N, serta pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa untuk pengunjung.

One thought on “Kisah Kita Selamanya, Tema 140 Tahun F&NHB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *