Program Khidmat Masyarakat Mesra Komuniti Elysian MRSM Tawau

Tawau – Pada 9 September 2023, seramai 132 orang pelajar tingkatan 4 telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Mesra Komuniti Elysian bertempat di Pasar Tanjung Tawau.

Program ini dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Corporate Social Responsibility Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Program Gerak Gemilang Tingkatan 4 MRSM Tun Musapha Tawau.

Tujuan program ini adalah untuk memupuk nilai bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

Selain itu juga, program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melatih kemahiran komunikasi, membina keyakinan diri dan memberi motivasi untuk terus berusaha dalam kecemerlangan akademik.

Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah pihak Majlis Perbandaran Tawau dan para peniaga di Pasar Tanjung.

Semoga program ini akan terus dilaksanakan pada masa depan kelak.

Sumber: Fb MRSM Tun Mustapha Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *