Usaha Memantapkan Aktiviti Perdagangan Di Tawau Perlu Dipergiat

aktiviti perdagangan tawau


Tawau, 20 Oktober 2023 – Aktiviti perdagangan di Tawau mendapat perhatian khusus daripada YB Datuk Andy Suryady, Ahli Parlimen Kalabakan, yang telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi terlibat dengan aktiviti perdagangan semalam. Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Kastam, Sabah Ports, Jabatan Imigresen Tawau, KPDN, MATRADE, Pelabuhan dan Dermaga, Jabatan Laut dan lain-lain.

aktiviti perdagangan

Menurut YB Datuk Andy Suryady, sesi ini bertujuan untuk memantapkan aktiviti perdagangan di Tawau. Hal ini kerana Tawau mempunyai potensi besar untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara jiran Indonesia. Beliau juga menyasarkan untuk menjadikan Tawau port sebagai free zone, yang akan memberi peluang dan kemudahan kepada pengusaha dan pelabur.

BACA JUGA : Integriti Ummah Dukung Kekuatan

Bagi merealisasikan visi ini, YB Datuk Andy Suryady menyeru agar agensi terlibat dapat bekerjasama dan mengurangkan birokrasi yang menghalang urusan aktiviti perniagaan. Beliau juga mendesak agar CIQS di Tawau dapat dinaiktaraf segera, untuk memudahkan pergerakan orang dan barangan.

aktiviti perdagangan

YB Datuk Andy Suryady berharap bahawa sesi libat urus ini dapat memberi impak positif kepada perdagangan di Tawau. Hal ini terjadi disebabkan prestasi perdagangan merosot akibat daripada penularan Covid-19 dan penempatan Tawau dalam kawasan esszone. Baru-baru ini, Tawau telah dikeluarkan daripada ESSZONE, dan diharapkan dapat kembali bernafas sebagai sebuah bandar pelabuhan yang strategik dan maju.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *