Tawau, 2 Oktober 2023: Polis berjaya menahan seorang suspek wanita warga asing yang disyaki terlibat dengan kes curi rantai emas di Perkarangan Balai Polis Bombalai.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, hasil maklumat dan risikan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau (BSJD) dan anggota dari Balai Polis Bombalai yang diketuai oleh Inspektor James Paran telah menahan seorang suspek wanita warga asing berumur lingkungan 40 tahun di perkarangan Balai Polis Bombalai.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek wanita terbabit tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau