Karnival Sukan Kukusan Tampil Pertanding 15 Sukan Diminati Ramai

Tawau, 10 Oktober 2023 – Karnival Sukan Kukusan 2023 akan berlangsung pada Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu ini. Karnival ini menghimpunkan sukan-sukan yang diminati oleh masyarakat Tawau, seperti Badminton, Bola Tampar, Renang, Takraw, Esport dan banyak lagi.

karnival sukan kukusan

Lebih 15 acara sukan dipertandingkan dalam karnival ini, yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu di Tawau. Ini dinyatakan oleh YB Rina Jainal, ADUN Kukusan, dalam sidang media semalam. Beliau juga berkata bahawa karnival ini merupakan satu platform untuk meningkatkan semangat kecergasan dan kesihatan di kalangan rakyat Tawau. Karnival sukan kukusan ini juga diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara.

BACA JUGA : Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tawau 2023

karnival sukan kukusan

Antara sukan yang menjadi perhatian kali ini adalah sukan renang. Sukan ini julung-julung kali dipertandingkan di Tawau mendapat perhatian peminat sukan ini dengan penyertaan lebih 70 peserta. Faktor keselamatan antara perkara yang dititikberatkan dalam pertandingan ini, pemeriksaan harus dilakukan oleh kesemua peserta sebelum menyertai pertandingan.

Karnival ini juga disertai oleh lebih 13 NGO dan Persatuan Sukan, antaranya SAFA Tawau, Kelab Sukan Elektronik Tokoneo (KSET), Persatuan Memanah Tradisional Daerah Tawau (PERMATA) dan pelbagai lagi persatuan lain. Selain daripada pertandingan sukan, karnival ini juga menampilkan program-program lain seperti ceramah agama, konsert, pameran agensi, sukan rakyat dan lain-lain lagi. Karnival ini dijangka menarik lebih 5000 pengunjung dan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *