TAWAU– Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2025 kembali dengan penuh warna-warni dan semangat perpaduan, menampilkan lebih 30 etnik tempatan serta penyertaan khas dari tiga negara luar, Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.</p>
Majlis perasmian makan malam alu-aluan (Welcoming Dinner) telah disempurnakan oleh YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas, bertempat di Dewan Masyarakat Tawau malam t
adi.
“Alhamdulillah, Festival ini yang sudah bermula sejak tahun 2011 kini memasuki edisi ke-10. Ia bukan sahaja memperkasa warisan pelbagai kaum di Tawau, malah telah menjadi satu produk pelancongan yang terkenal, bukan hanya di Sabah dan Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa,” ujar Datuk Nizam dalam ucapannya
</p></p>
Menurut beliau, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) selaku penganjur utama dengan sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya merencana program ini secara menyeluruh.
“Tahun ini, kita terima lebih 30 penyertaan etnik tempatan dan tiga delegasi antarabangsa. Festival ini bakal menampilkan persembahan budaya, perarakan warisan, pameran, serta gerai jualan makanan dan kraftangan etnik. Semuanya menggambarkan tema ‘Kepelbagaian Budaya’,” katanya lagi.
YB Datuk Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada semua jawatankuasa penganjur. Terutama atas usaha menjayakan festival kali ini dan menyatakan bahawa program ini wajar diangkat ke peringkat lebih tinggi
Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah
Festival Kebudayaan Di Dalam Kalendar Pelancongan Sabah
Lebih membanggakan, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pembinaan Tawau International Cultural Centre yang kini sedang dibangunkan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

Festival kebudayaan ini dijangka mencapai kemuncak pada 2 Ogos 2025 dan bakal menghimpunkan lebih 50,000 pengunjung. Hal ini menjadikannya antara acara pelancongan paling besar di Pantai Timur Sabah.