Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tawau 2023

maulidur rasul tawau

Tawau, 8 Oktober 2023 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tawau telah berlangsung semalam bertempat di Dewan Masyarakat Tawau. Sebanyak 64 kontigen berarak pada awal pagi dari Majlis Perbandaran Tawau sehinggalah ke Dewan Masyarakat Tawau.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kepada media selepas majlis perasmian, warga tawau sentiasa mencintai dan memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai seorang tokoh yang terkenal bukan Sahaja diakui umat islam, tetapi juga bukan islam.

Beliau berkata. apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W teladan yang sesuai sepanjang zaman sampai bila-bila.

Dianggarkan lebih kurang hampir 5 ribu warga Tawau menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tawau.

Beberapa anugerah juga disampaikan sewaktu majlis ini berlangsung.

Datuk Amrullah dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul. Manakala penerima Anugerah Khas ialah saudara Dian dan adik Nurin yang berjaya mengharumkan nama Tawau sehingga ke peringkat Kebangsaan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *