Wabak Penyakit X

penyakit x

Penyakit X kini menjadi tumpuan banyak pihak di dunia. Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018 merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.

WHO juga memberi penekanan keperluan perancangan yang fleksibel dan pemantapan kesiapsiagaan bagi menghadapi penyakit X ini.

Walaupun ciri-ciri Penyakit X masih belum dikenal pasti dan waktu berlakunya penyakit ini belum diketahui, pakar-pakar kesihatan telah menyuarakan kebimbangan terhadap imapknya.

Berbanding COVID-19 yang kurang menyebabkan kematian, Penyakit X dijangka akan mudah tersebar seperti campak dan mungkin mengancam nyawa seperti Ebola.

Penularan Penyakit X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuklah secara zoonotik, iaitu jangkitan dari haiwan kepada manusia. Kadar penyebaran penyakit X akan semakin meningkat seiring dengan peningkatan kontak manusia, dan haiwan ditambah dengan pergerakan manusia merentas negara yang semakn mudah sekarang.

KKM sentiasa bersiapsiaga dan berwaspada terhadap kemungkinan munculnya Penyakit X berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani penyakit seperti COVID-10. Virus Nipah, SARS dan MERS-CoV.

Sistem kesihatan negara juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan yang mungkin berlaku.

Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya mengikuti garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan penyakit ini.

Sumber: MREM Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *