Masjid Baiturrahman Tawau Terima Sumbangan Ketua Menteri Bernilai RM116,000

masjid baiturrahman tawau


Tawau : Masjid Baiturrahman Tawau di Kampung Muhibbah, telah mendapat sumbangan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Sumbangan ini hasil permohonan yang dihantar daripada Jawatankuasa Masjid. Sumbangan itu berjumlah RM116,000 dan diluluskan oleh Ketua Menteri pada pertengahan tahun ini.

masjid baiturrahman tawau

Menurut YB Rina Jainal, Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga ADUN Kukusan, sumbangan itu digunakan untuk memasang permaidani baharu untuk Masjid Baiturrahman Tawau yang telah usang sebelum ini. Beliau berkata, proses pemasangan telah dijalankan pada bulan lepas dan kini masih dalam proses melengkapkan keseluruhan peruntukan yang telah diberikan. Masjid Baiturrahman telah mengemukakan permohonan peruntukan pada 21 Mac 2023 dan menerima penyerahan mock cheque pada 18 Ogos 2023.

Baca Juga : PLKN 3.0 Dijangka Bermula 2025

Beliau juga menambah, sebelum ini, masjid Kampung Pasir Putih juga telah mendapat bantuan bernilai lebih kurang RM50,000 daripada Ketua Menteri untuk membaikpulih masjid. Beliau mengambil peluang sebagai Setiausaha Politik untuk membantu rumah ibadat di kawasan yang memerlukan.

masjid baiturrahman tawau

Selain itu, beliau turut menyenaraikan beberapa rumah ibadat lain yang telah mendapat bantuan daripada Ketua Menteri. Antaranya Surau Pasar UTC yang mendapat permohonan naik taraf pembesar suara. Beliau berharap sumbangan-sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan berkenaan. YB Rina Hj Jainal ditemui dalam satu ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah terkenal Ustaz Badlishah.

masjid baiturrahman tawau

Sebelum itu, satu ceramah khas daripada penceramah terkenal negara Ustaz Badli Shah Alauddin telah didatangkan bagi menyampaikan ceramah khas kepada jemaah muslimin dan muslimat yang datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *