Menangani Konflik Rumah Tangga : Dalam Seminar Keibubapaan

seminar keibubapaan


Tawau : Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menyuarakan keprihatinan terhadap meningkatnya konflik rumah tangga. Hal ini terutamanya berlaku di kalangan pasangan muda atau baharu berkahwin di negara ini. Beliau menekankan perlunya penyelesaian segera bagi mengurangkan statistik konflik ini serta menekankan kerjasama semua pihak dalam mencari solusi.

Yb Datuk Nizam menyatakan hal ini semasa merasmikan Seminar Keibubapaan Baiti Jannati 5.0 di Tawau. Beliau menyarankan agar pasangan muda diberi pendidikan dan panduan untuk menguruskan emosi dalam keadaan perselisihan. Bagi beliau, perkahwinan adalah proses pembelajaran yang memerlukan pendidikan dalam kehidupan rumah tangga.

Baca Juga : Masjid Baiturrahman Tawau Terima Sumbangan Ketua Menteri Bernilai RM116,000

Beliau juga menekankan pentingnya pendidikan mengenai peranan ketua keluarga untuk memastikan kestabilan dalam rumah tangga. Seminar ini disifatkan sebagai sumber ilmu yang bermanfaat, dihadiri oleh tokoh-tokoh terkenal dalam bidang pendidikan rumah tangga dari segi agama. Yang Dipertua Aspirasi Dakwah dan Amal Muslim Sabah (ADAM CARE), Ustaz Adam Khaleef Eilyas, menyatakan komitmen mereka dalam menyediakan seminar ilmiah dan mengumpulkan dana untuk Madrasah Al Ubudiyyah Wal Mas Uliyyah di Tawau.

seminar keibubapaan

Sebelum ini, seminar keibubapaan telah dijalankan dan ceramah disampaikan oleh tokoh-tokoh agama ternama dari Malaysia seperti Timbalan Mufti Negeri Pahang Datuk Badli Shah Alauddin, Pendakwah Bebas Datuk Mohd Kazim Elias, dan Pendakwah Bebas Ustaz Nabil Ahmad, dengan sokongan dari Kaunselor Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Penasihat Program Seminar, Ahmad Dullah.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *