Penyokong Bola Sepak Bergaduh Lagi, Perlu Ubah Mentaliti

bola sepak

Kuala Lumpur : Liga Malaysia merupakan arena pertandingan sukan bola sepak profesional. Arena ini seharusnya menjadi wadah untuk menyatukan komuniti. Namun,  antara perkara yang membimbangkan adalah masalah pergaduhan yang semakin merebak di kalangan penyokong.

Menurut Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, pergaduhan dalam dunia bola sepak semakin meningkat dan meresap dalam budaya penyokong. Bagi beliau, sukan ini sepatutnya menjadi medan untuk menghibur dan melepaskan tekanan, bukan menjadi tempat kegaduhan dan pergaduhan.

bola sepak

Sadek menyoroti perkara ini merujuk kepada peningkatan pergaduhan dalam liga bawahan dan kesan negatif yang mungkin berlarutan jika tindakan tidak diambil untuk mengawal keadaan ini. Beliau juga berpendapat bahawa situasi ini mungkin boleh bermula dari pergaduhan ringan kepada keadaan yang lebih buruk yang mungkin mengancam nyawa.

Baca Juga : Tumpu Beri Kefahaman Tugas ESSCOM

Isu pergaduhan terkini melibatkan penyokong Selangor FC dan Perak FC yang menjurus kepada kecederaan dan kekacauan sebelum perlawanan. Ini menyentuh satu titik yang lebih serius. Dalam situasi ini menunjukkan betapa perlunya tindakan proaktif. Hal ini dapat difokus kepada mengawal pergaduhan di sekeliling arena sukan ini demi keselamatan dan imej baik bola sepak negara. Namun pihak polis telah bertindak pantas keatas kesemua pelaku yang terlibat.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *