Tuaran – Sabah kini menjadi penerima terbanyak dengan kuota 500 lesen memandu Kelas B2 melalui Program MyLesen B2, khusus untuk golongan B40 pada tahun ini.
Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta bagi melaksanakan program ini. Dana ini digunakan untuk menampung kos latihan dan ujian bagi penerima lesen memandu Kelas B2. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 orang golongan B40.
Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah, menyatakan bahawa pada permulaan, sasaran pemberian lesen kelas B2 melalui program ini di Tuaran dan Kinabatangan, di mana sebanyak 246 calon berjaya dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
LEBIH RAMAI BAKAL MENIKMATI INISIATIF INI
“Kerajaan negeri mahu lebih ramai masyarakat kurang berkemampuan terutama golongan B40 di Sabah dapat menikmati inisiatif program itu tahun depan,”ujarnya semasa pelancaran Program MyLesen B2 Tahun 2023 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.
Hajiji menegaskan bahawa program ini adalah usaha kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh lesen memandu Kelas B2 bagi motosikal. Perkara ini akan memberi manfaat besar dalam memperkasa mobiliti rakyat. Selain itu, membuka lebih banyak peluang dalam pekerjaan, pendidikan, dan ekonomi terutama di kawasan luar bandar.
“Inisiatif ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.
Baca Juga : Bantuan Pendidikan Sabah Merakyatkan Peluang Pelajar
KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Beliau berharap lebih ramai golongan B40 di Sabah dapat menikmati manfaat daripada inisiatif yang dibawa pada tahun-tahun akan datang.
Hajiji menggariskan bahawa kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri menunjukkan kepentingan dan kesan positif yang besar. Terutama dalam meningkatkan mobiliti rakyat. Selain itu juga, akan memberi lebih banyak peluang dalam pekerjaan, pendidikan, dan juga meningkatkan ekonomi golongan B40.
Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam membawa pelbagai inisiatif yang memberi keutamaan kepada aspek pengangkutan. Hal ini kerana, aspek ini penting dalam memperkasakan dan menghubungkan rantaian ekonomi penduduk setempat untuk kemajuan bersama.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini