Pencapaian Usahawan Sabah: Cerminan Kejayaan di Malam Penghargaan 2023

Tawau – Pada malam yang meriah dan membanggakan, Dewan Perniagaan Usahawan Sabah telah mengadakan majlis Sabah Entrepreneur Dinner & Award Night 2023.  Acara yang dihadiri dan dirasmikan oleh YB Andy Suryady, Pembantu Menteri Industri & Keusahawanan. Tetamu kehormat YB Sarifuddin, ADUN Merotai juga turut hadir dalam majlis kali ini.

usahawan sabah

Memberi Pengiktirafan dan Sokongan

YB Andy Suryady menekankan bahawa anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi juga sebagai pemangkin semangat bagi para usahawan. Belanjawan baru-baru ini telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk memberi tumpuan kepada geran, bantuan peralatan, mesin, pembungkusan, dan digitalisasi, termasuk sijil halal dan mesti. Pada tahun akan datang, sebanyak 45 usahawan dijangka akan menerima bantuan untuk mendapatkan sijil halal dan mesti, memberi peluang lebih luas dalam pasaran tempatan mahupun luar negara.

Baca Juga : Kosmetik Beracun Notifikasi Dibatalkan

Arah Ke Arah Global

Kerjasama strategik dengan hypermarket akan dirangka seperti Bataras, Petronas, dan Sthamin bagi memberi ruang penempatan produk tempatan. Tujuan jangka panjang adalah untuk mengembangkan pasaran global bagi produk-produk tempatan. Usaha ini disokong dengan penghantaran usahawan ke pelbagai expo antarabangsa, termasuk di Jepun dan Indonesia seperti yang dilakukan sebelum ini.

Pengiktirafan dan Anugerah

Malam itu telah melihat Encik Shabaruddin Bin Rahim, Pemborong Shasyn, menerima Anugerah Usahawan Cemerlang Pantai Timur DPU Sabah 2023 untuk kategori kilang pembuatan makanan. Manakala Puan Hayati Melan dari HYM Industri dan Puan Mahasita Sahajam daripada Kedai Emas Osheen Jaya Sdn Bhd masing-masing menerima anugerah bagi kategori makanan luar bandar dan peruncitan.

usahawan sabah

Penghormatan kepada Kejayaan

Anugerah Usahawan Berwibawa Pantai Timur Sabah diberikan kepada sepuluh individu cemerlang yang termasuk dalam senarai penerima. Antaranya Rusnia Binti Labbang, Irmayanah Binti Kassim, Marahuleng Binti Lakasi, Joardy Bin Mardeko dan Hadiza Binti Lahi. Penerima lain juga ialah Mohamad Rizki Bin Nadda, Antonny Loh Shan Yi, Erliana Binti Said, Siti Binti Juna dan Noorala Bin Muh Tang.

Di samping itu, pagi sebelum majlis penghargaan, sesi sembang santai mengenai hala tuju usahawan f&b telah berlangsung dengan lebih 50 orang peserta menyertainya. Majlis Sabah Entrepreneur Dinner & Award Night 2023 merupakan satu momentum membanggakan. Hal ini keranan majlis ini menekankan kejayaan usahawan Sabah. Selain itu, memberi dorongan besar untuk meneruskan usaha ke arah pembangunan industri dan ekonomi Sabah yang lebih mantap.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *