Sindiket Syabu Terbesar di Sabah, Tumpas.

sindiket syabu

KUALA LUMPUR : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menumpaskan satu sindiket syabu terbesar di Sabah. Suspek utama ditahan dalam serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu, Tawau, dan Semporna semalam. Serbuan itu merupakan hasil daripada kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menahan 10 lelaki. Semua yang ditahan termasuk pengasas sindiket yang juga merupakan pengasas sebuah NGO berusia 40 tahun. Sindiket ini disyaki membekalkan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan menjalankan penyeludupan dadah ke Sabah, Indonesia, dan Filipina.

sindiket syabu

Semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Hal ini dilakukan bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh.

Suspek yang ditahan termasuk seorang peniaga, pembantu peribadi, penjawat awam, dan pekerja sektor swasta. Kesemua mereka terlibat dalam penyeludupan dadah, penyaluran, dan pengurusan kewangan bagi sindiket tersebut. Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan syarikat penerbangan komersial dan kargo laut untuk membawa dadah ke Sabah sebelum diagihkan kepada pengedar.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

JSJN Bukit Aman juga sedang menyiasat pembabitan sindiket dalam aktiviti penyeludupan kontraban dan barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina. Siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Tambahan pula, polis juga mengesan aset-aset milik individu sindiket ini termasuk kenderaan mewah, banglo mewah, syarikat perniagaan, sebuah feri, dan rangkaian restoran.

Sumber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *