Meniti Masa Depan Industri Koko di Sabah

industri koko


KOTA KINABALU – Sabah terus kekal sebagai negeri terbesar dalam industri koko di Malaysia dengan tanaman seluas 3,444 hektar. Keluasan ini menjangkau sebanyak 57.5% dari keseluruhan tanaman koko di negara ini sehingga akhir tahun yang lepas.

Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, telah mengumumkan bahawa Projek Pemulihan Kebun Koko akan dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada tahun ini bagi meningkatkan lagi hasil koko di Sabah.

Projek ini mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta untuk memulihkan 1,344 hektar tanaman koko sedia ada. Setakat ini yang diusahakan oleh kira-kira 2,084 orang petani koko di negeri ini. Objektif utama program ini adalah meningkatkan hasil koko dengan memberikan insentif input pertanian serta menerapkan teknologi terkini dalam pengurusan tanaman koko.

industri koko

Industri hiliran koko giat dimajukan

Datuk Chan Foong Hin menyuarakan hasrat ini sempena lawatan sulungnya ke Ibu Pejabat LKM. Dalam lawatan tersebut, beliau turut bersama Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah; Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin, dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada, Cheah Chee Fong.

Selain pengeluaran biji koko, Datuk Foong Hin juga menyatakan bahawa LKM sedang aktif memajukan industri hiliran koko di Sabah. Terdapat empat syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko serta 32 usahawan coklat tempatan yang telah memulakan operasi sehingga kini.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Nilai industri hiliran koko di Sabah masih di tahap rendah

Namun, walaupun pencapaian nilai hasil bumi ini di Sabah meningkat, ia masih pada tahap yang rendah. Pada tahun 2022, industri hiliran koko mencatatkan nilai RM792,351, sementara dari Januari hingga September 2023 hanya bernilai RM851,928.

Datuk Foong Hin menegaskan bahawa industri ini mempunyai potensi untuk dikembangkan dari huluan ke hiliran. Hal ini kerana kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama produk koko dunia. Beliau menekankan bahawa koko juga merupakan komoditi makanan yang signifikan dalam eksport negara. Dengan pendapatan daripada eksport koko pada 2022 melebihi RM7.82 bilion. Walau bagaimanapun, kebergantungan pada import biji koko kering telah memberi impak terhadap nilai dagangan industri ini dengan hanya mencatatkan RM1.72 bilion pada 2022 dan RM20 juta pada tahun 2023.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *