Ancaman Letusan Gunung di Indonesia: Ribuan Penduduk Dipindahkan ke Zon Selamat

letusan gunung


LUAR NEGARA, INDONESIA : Lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat letusan gunung berapi di timur Indonesia. Pegawai tempatan hari ini mengesahkan pemindahan besar-besaran ini berikutan beberapa letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di wilayah Nusa Tenggara Timur. Letusan terbaharu, yang berlaku pada Selasa, melontarkan abu gunung berapi sejauh 1.5 kilometer, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) negara.

PVMBG melaporkan satu lagi letusan hari ini, tetapi tidak menghasilkan awan abu. Namun, abu daripada letusan baru-baru ini telah memberi kesan kepada dua daerah kecil berdekatan gunung. Hal ini telah memaksa lebih daripada 2,200 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara yang telah disediakan oleh kerajaan tempatan.

letusan gunung
Kredit gambar – AFP

Menurut Benediktus Bolibapa Herin, seorang pegawai daerah, lebih daripada 1,900 orang telah dipindahkan di Wulanggitang manakala kira-kira 300 lebih orang di Ile Bura. Beliau menekankan keperluan untuk pemindahan komuniti ke zon selamat sebagai langkah pencegahan.

Pihak berkuasa setempat mengumumkan gunung berapi itu kini berada pada tahap kedua tertinggi dalam amaran empat peringkat Indonesia, serta meluaskan zon pengecualian dari dua kilometer kepada empat kilometer di sekitar kawahnya. Akibat daripada letusan ini, Lapangan Terbang Frans Seda yang terletak kira-kira 80km jauhnya telah ditutup sejak Isnin.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Ini bukan sahaja kejadian terbaru; bulan lalu, Gunung Merapi di pulau Sumatera turut meletus dan menyebabkan kematian 23 orang. Indonesia, yang memiliki hampir 130 gunung berapi aktif, menghadapi ancaman yang berterusan daripada alam sekitar ini.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *