KKDW Lancarkan Borang Pendaftaran Manual untuk PADU


SHAH ALAM : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini menyediakan borang pendaftaran manual untuk Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang dikhususkan untuk masyarakat luar bandar. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, menyatakan bahawa KKDW akan berkolaborasi dengan Kementerian Ekonomi untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran.

PADU, diwujdukan sebagai pangkalan data utama negara, sedang melalui proses transformasi ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang lebih tepat. Sejak 2 Januari 2024, semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka di dalam PADU.

Salah satu kepentingan besar pendaftaran di dalam PADU adalah memastikan warga yang layak menerima manfaat. Hal ini untuk memastikan warga tidak terlepas daripada subsidi bersasar, bantuan, dan perlindungan sosial yang disalurkan melalui sistem ini.

Beliau menyatakan, “Kerana terdapat kaedah permohonan secara manual, kita akan lakukan perkara ini secepat mungkin. Terdapat borang (pendaftaran), tetapi tidak semua boleh mohon dalam talian. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama ketua kampung yang dilantik akan diarahkan untuk melaksanakan pendaftaran manual PADU.”

Pendaftaran PADU dibuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas bermula dari 2 Januari hingga 31 Mac. Ini membolehkan mereka mengemas kini dan mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah, dan alamat.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

PADU merupakan pangkalan data sosioekonomi negara yang menggabungkan data dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Tujuannya adalah memberikan gambaran yang seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah di Malaysia.

Sunber : Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *