Menjejak Sejarah Masjid Bandar Tawau

masjid bandar


Masjid Bandar Tawau (Lama), yang berdiri megah di pusat Bandar Tawau, menyimpan lebih dari sekadar keindahan reka bentuknya. Mungkin ramai yang kagum dengan kubah-kubahnya yang indah, tetapi betapa banyak yang tahu tentang kisah di sebalik pendiriannya? Di Tawaukini, kami ingin membawa anda mengenali lebih dekat tentang sejarah Masjid Bandar Tawau.

Pada tahun 1962, Allahyarham Tuan Ahmad Daing Mapata memulakan perjalanan suci ini dengan membina masjid yang ketika itu dikenali sebagai Masjid Waqaff Ahmad Daing Mapata. Setahun pengorbanan dan kerja keras membawa hasil, dengan masjid ini dibuka secara rasmi pada 10 Zulhijjah 1382 atau bertepatan dengan 4 Mei 1963 pada sembahyang Hari Raya Haji tahun itu.

Masjid ini dibangun di atas tanah seluas dua ekar yang dimiliki oleh Tuan Ahmad Daing Mapata sendiri. Dengan kemampuannya untuk menampung lebih dari 500 orang jemaah, Masjid Bandar Tawau menjadi tempat beribadah yang signifikan dalam komuniti.

Salah satu laporan di surat khabar Berita Harian (Singapura) menggambarkan bagaimana impian Tuan Ahmad Daing Mapata untuk mendirikan masjid ini akhirnya menjadi kenyataan. Dinyatakan dalam laporan itu, cita-citanya untuk membina rumah ibadah berjaya setelah enam tahun usaha dan pengorbanan.

Pada masa itu, beliau diibaratkan sebagai “orang yang paling gembira di Tawau.” Kegembiraan itu adalah untuk kejayaan cita-cita yang dikejar selama enam tahun. Dan apa cita-citanya? Ia hanyalah untuk membina sebuah masjid, suatu tempat untuk beribadah.

Masjid tersebut secara rasmi telah dibuka pada pada 10 Zulhijjah 1382 bersamaan 4 Mei 1963 pada sembayang Hari Raya Haji tahun itu. Masjid ini boleh memuatkan seramai 500 orang Jemaah dan lebih dari itu.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

kubahnya yang kini memikat dengan sentuhan krom

Masjid Bandar Tawau kini mengalami perubahan wajah baru-baru ini, terutamanya pada kubahnya yang kini memikat dengan sentuhan krom.

Dengan rasa hormat dan penghormatan, kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Daing Ahmad Mapata. Semoga kita terus mengenang dan menghargai jasa baiknya yang telah memberikan satu warisan yang membanggakan dalam bentuk Masjid Bandar Tawau.

Sumber:
1. E-Tawau
2. Yssffahmad

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *