Memperkasa Masyarakat: Modul Baru dan Program Pra Tahfiz di Tadika KEMAS

program pra tahfiz


TAWAU – Suasana penuh keceriaan memeriahkan Majlis Apresiasi Tadika KEMAS Parlimen Kalabakan. Satu acara tahunan yang bertujuan menghargai pencapaian cemerlang 569 murid-murid yang telah menamatkan pendidikan di peringkat taska. Acara ini turut menjadi platform utama untuk mengumumkan perkembangan terkini, terutamanya Program Pra Tahfiz yang dilancarkan pada tahun lalu.

Sambutan menggalakkan daripada ibu bapa melambangkan penghargaan mereka terhadap pendidikan berkualiti yang diterima oleh anak-anak mereka di Tadika KEMAS. Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada usaha gigih para pelajar. Sekaligus memotivasikan mereka untuk terus cemerlang dalam pengajian pada peringkat seterusnya.

program pra tahfiz

Program Pra Tahfiz yang diintegrasikan dalam kurikulum Tadika KEMAS bertujuan melahirkan generasi muda yang mahir menghafaz al-Quran sejak dari peringkat awal. Program ini telah menarik minat lebih 200 kelas di seluruh Sabah, dengan jangkaan akan melibatkan lebih 4000 murid.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam temuramah bersama Datuk Andy Suryady Hj Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan menyataka tujuan utama program ini adalah untuk memastikan bahawa anak-anak dapat membaca dan menghafal al-Quran dengan lancar sejak dari peringkat prasekolah. Modul tambahan di Tadika KEMAS telah memperkaya lagi pendekatan pembelajaran dan memberi penekanan yang lebih besar kepada aspek tahfiz al-Quran.

program pra tahfiz

Sementara itu, jumlah guru di Tadika KEMAS Parlimen Kalabakan, yang kini berjumlah kira-kira 70 orang, dianggap mencukupi untuk menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, untuk menyokong Program Pra Tahfiz, tenaga pengajar tambahan sedang diambil untuk memastikan guru-guru terlatih dengan baik. Seterusnya mampu memberi bimbingan yang efektif dalam membantu anak-anak menghafaz al-Quran dengan baik.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *