Krisis Air di Pulau Sebatik: Penduduk Terpaksa Korek Tanah

sebatik

SEBATIK : Penduduk Pulau Sebatik menghadapi cabaran serius ketika bekalan air terputus empat bulan yang lalu. Asmidar Nonton, seorang peniaga makanan yang berasal dari Kampung Wallace Bay, mendedahkan bahawa situasi ini telah memaksa penduduk setempat untuk mengambil langkah drastik dengan mengorek tanah untuk mencari air.

Ini disebabkan oleh keringnya beberapa sumber air di sekitar kampung akibat kemarau yang berpanjangan. Kemudian, meninggalkan hanya satu sumber air yang masih aktif di Kampung Hilltop. Kehidupan sehari-hari penduduk, seperti mandi, mencuci, dan memasak, terganggu secara serius oleh kekurangan bekalan air bersih.

sebatik

Terdapat reaksi luas daripada masyarakat setempat, dengan video dan gambar yang tular di media sosial memperlihatkan usaha gigih penduduk dalam mencari punca air. Pulau Sebatik, yang terletak di sempadan antara Indonesia dan Malaysia, mempunyai 12 kampung dengan jumlah penduduk yang melebihi 20,000 orang.

Marliah Lakamboi, seorang jururawat masyarakat dari Kampung Sungai Tamang, mengungkapkan bahawa penduduk terpaksa membeli air dengan harga yang tinggi untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Ketua Menteri III Sabah, Datuk Seri Shahelmey Yahya, mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan bahawa sebuah telaga sedang dibina di pulau tersebut. Pembinaan dilakukan untuk membantu mengatasi krisis air yang dihadapi oleh penduduk. Kerajaan negeri dan Jabatan Air Negeri Sabah sedang melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif bagi masalah ini.

Salah satu cadangan yang sedang dipertimbangkan adalah pembenihan awan. Sebuah teknik yang bergantung kepada kondisi cuaca setempat untuk meningkatkan bekalan air di pulau tersebut. Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa. Terutamanya untuk memberikan bantuan segera kepada penduduk yang terjejas dan mengatasi masalah kritikal ini dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *