Tragedi di Kolej Vokasional: Pelajar Ditemui Mati Dipercayai Dibelasah Rakan Sendiri

Vokasional

LAHAD DATU – Seorang pelajar lelaki yang didakwa telah dibelasah oleh rakan sekolahnya ditemui mati dalam bilik asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, pada awal pagi hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, berusia 17 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama pada jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr. Rohan Shah Ahmad, mengesahkan menerima laporan tersebut dari pengarah kolej berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa mangsa, seorang penghuni asrama kolej tersebut, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Lahad Datu yang tiba di tempat kejadian.

Vokasional

“Pihak polis telah segera bertindak setelah menerima laporan ini. Pasukan penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah diarahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Rohan Shah, penyiasatan awal menunjukkan bahawa insiden itu berlaku di bangunan asrama lelaki kolej tersebut. Mangsa ditemui terbaring tanpa nyawa di dalam sebuah bilik asrama kolej.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

“Pemeriksaan lanjut menunjukkan terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa. Penyiasatan awal mengenal pasti perselisihan faham antara mangsa dengan beberapa penghuni asrama yang lain sebagai punca utama kejadian ini,” jelasnya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. Sehingga kini, polis telah menahan 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun. Polis juga telah merampas sebuah alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkaitan dengan siasatan kes ini.

“Polis turut mengenal pasti tujuh saksi bebas yang akan membantu dalam siasatan lanjut kes ini. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan pembunuhan,” tambah Rohan Shah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *