Kerjasama Politik PBS dan STAR Bakal Direalisasikan

KOTA KINABALU – Kerjasama politik semakin erat menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di Sabah. Dengan perjanjian yang akan ditandatangani antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada hari Khamis ini.

Menurut kepada media yang dikeluarkan oleh STAR, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut dijadualkan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang pada jam 2.30 petang.

PBS

Majlis ini dianggap bersejarah kerana dijangka disaksikan oleh Huguon Siou atau pemimpin agung Kadazandusun, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, pengasas PBS, serta pemimpin utama dari kedua-dua parti.

PBS dan STAR, yang masing-masing mempunyai tujuh dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Parti ini merupakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bersama dengan parti-parti lain seperti Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Kerjasama di antara kedua-dua parti berasaskan Kadazandusun Murut (KDM) ini menjadi perhatian sejak tahun lalu. Apabila Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan PBS bagi menghadapi PRN17.

Baca Juga : Dun Kukusan Perlu Projek PPR

Perkara ini dinyatakan oleh Jeffrey pada Konvensyen Nasional dan Ulang Tahun Ketujuh STAR Sabah pada 1 Julai tahun lalu. Sementara Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, menyambut baik cadangan tersebut dan menekankan perlunya perbincangan mendalam antara kedua-dua parti.

Mesyuarat rasmi pertama untuk membincangkan cadangan penggabungan parti itu diadakan pada 13 Disember tahun lalu. Semenjak daripada itu kedua-dua parti telah bersetuju untuk memulakan perbincangan rasmi dan menandatangani MoU bagi memperkukuhkan GRS menjelang PRN17.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *