Pentingnya Bantuan Kecemasan Awal dalam Situasi Cardiac Arrest

kecemasan

TAWAU – Cardiac arrest atau henti jantung secara tiba-tiba boleh berlaku tanpa amaran dan memerlukan tindakan pantas bagi meningkatkan peluang mangsa untuk selamat. Bantuan kecemasan awal seperti CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) serta penggunaan AED (Automated External Defibrillator) adalah kritikal dalam situasi ini.

Pengetahuan tentang langkah-langkah awal ini dapat memberikan mangsa peluang tertinggi untuk hidup, sebelum bantuan profesional tiba.

kecemasan

Datuk Andy Suryady Bandy, Pembantu Menteri Keusahawanan dan Industri Sabah serta ADUN Tanjung Batu, merasmikan kursus Prehospital Care Life Pantai Timur Sabah yang bertujuan memberi latihan asas kepada paramedik, jururawat, dan pegawai perubatan lain dalam menangani situasi cardiac arrest. Program ini juga melibatkan anggota bomba serta pihak hospital dan klinik kesihatan.

Datuk Andy menekankan pentingnya pengetahuan CPR dan penggunaan AED dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kebarangkalian menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan perlu memperkenalkan beberapa langkah, termasuk mewajibkan AED di hotel-hotel dan memasukkan pengetahuan CPR dalam silibus pelajar sekolah rendah. Ini akan memastikan masyarakat turut sama bertanggungjawab dalam memberikan bantuan awal, sementara menunggu kehadiran pegawai perubatan.

kecemasan

Inisiatif ini, katanya, boleh meningkatkan pengetahuan orang awam tentang langkah-langkah penting dalam menangani kecemasan kesihatan. Selain itu membina komuniti yang lebih peka dan bersedia menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka.

Dalam majlis tersebut, Datuk Andy juga juga teruja dengan bangunan tambahan Hospital Tawau yang telah siap dibina. Dalam kesempatan ini beliau turut menyarankan penambahbaikan dari segi pengisian kekosongan pegawai perubatan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *