
TAWAU – Pendidikan dan peperiksaan merupakan kunci utama dalam mengubah nasib seseorang individu dan keluarganya. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji Ubi, menegaskan bahawa pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada ilmu yang disampaikan di sekolah. Menurutnya, dedikasi terhadap pembelajaran dapat membuka peluang untuk masa depan yang lebih cerah.
