Telefilem “Omadal” Angkat Bakat Anak Tawau ke Layar Kaca

omadal

TAWAU – Sebuah lagi karya anak tempatan yang menjanjikan kelainan bakal menemui penonton di kaca televisyen apabila telefilem “Omadal” dijadualkan untuk tayangan perdana pada 17 Mei 2025, jam 9.00 malam di TV1.

omadal

Telefilem ini bukan sekadar naskhah hiburan semata-mata, tetapi turut membanggakan rakyat Sabah apabila salah seorang pelakon utamanya merupakan anak jati Tawau, Qairul Adha,. Beliau yang juga merupakan bekas pelajar kepada Abdullah Alif Dahlan. Seorang guru yang dikenali sebagai Guru Adiwira dan pencipta kandungan YouTube yang turut terlibat di dalam telefilem kali ini.

Istimewanya telefilem ini adalah anak muridku iaitu Qairul Adha. Beliau anak jati Tawau yang berjaya dicungkil bakatnya oleh RushMan CashMan & Dato’ Jurey Rosli. Walaupun kali pertama berlakon namun bakatnya sangat luar biasa. Sepertinya sudah biasa berlakon,” tulis Abdullah Alif dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Turut membintangi telefilem ini ialah pelakon-pelakon berpengalaman seperti Rodih Madun, Adam Lee, Aieyra Wieyna dan Firdaus Jenar. Hal ini menjadikan naskhah ini lebih kuat dari segi penceritaan dan mutu lakonan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

“Omadal” berlatarbelakangkan keindahan daerah Semporna dan Tawau, menjadikannya bukan sahaja karya lakonan, malah satu bentuk promosi tidak langsung kepada keindahan alam dan budaya di negeri Sabah.

Ia pasti sesuatu yang sangat dibanggakan oleh rakyat Sabah, khususnya warga Tawau. Kita angkat pelakon cilik kita Qairul Adha. Mungkin ini permulaan untuk dirinya menjadi seorang pelakon hebat di masa akan datang,” ujar Abdullah Alif lagi dalam catatannya.

Penglibatan murid dalam industri kreatif seperti ini membuka ruang kepada pembangunan bakat generasi muda di luar bilik darjah. Perkara ini seiring dengan aspirasi pendidikan holistik yang menekankan kecemerlangan pelbagai aspek akademik, sahsiah dan juga bakat.

Sebagai pendidik dan juga pencipta kandungan yang sering mengetengahkan kisah inspirasi. Abdullah Alif menyeru orang ramai untuk memberikan sokongan penuh terhadap telefilem ini. Hal ini kerana, sokongan ini bukan hanya untuk mengangkat industri seni tempatan, tetapi juga menyokong perkembangan bakat pelakon muda dari Sabah.

Telefilem “Omadal” turut disifatkan sebagai satu usaha menyatukan komuniti melalui seni. Selain itu, turut menjadi platform kepada anak muda Sabah untuk menyerlah di pentas nasional.

Jangan lupa saksikan “Omadal” di TV1 pada 17 Mei 2025, jam 9.00 malam. Bersama kita menyokong bakat tempatan yang kini mula menyerlah di persada seni negara.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *