YB Fadhlina Sidek: Tiada Sekolah Terlalu Jauh Untuk Diperjuangkan

KALABAKAN – “Tiada sekolah yang terlalu jauh, patah sayap bertongkat paruh, saya akan sampai jua.” Begitulah komitmen yang dizahirkan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, ketika turun padang melawat Sekolah Kebangsaan Kalabakan,. Perkara ini sekali gus menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran pendidikan luar bandar di Sabah.

sekolah
YB Fadhlina melakukan lawatan di sekitar sekolah – Gambar Facebook Page Fadhlina Sidek

Keadaan Sekolah Yang Begitu Daif

Lawatan kerja ke Kalabakan ini turut disertai oleh Ahli Parlimen Kalabakan, YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, yang sebelum ini kerap membawa isu-isu pendidikan kawasan ini ke Parlimen, khususnya berkaitan kemudahan di SK Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan, YB Datuk Andi sentiasa lantang di Parlimen, menyuarakan tentang isu-isu pendidikan di kawasan ini. Antara yang sering dibangkitkan beliau adalah berkenaan situasi di SK Kalabakan,” tulis YB Fadhlina dalam hantaran rasmi di Facebook.

Beliau memaklumkan bahawa keadaan beberapa blok bangunan di sekolah itu berada dalam keadaan daif, selain terdapat keperluan mendesak bagi pembinaan asrama desa untuk memudahkan akses pendidikan kepada murid yang tinggal jauh.

Di sini, saya dan pasukan dibawa untuk melihat sendiri keadaan sekolah. Ada blok bangunan dan infrastruktur yang berada dalam keadaan daif. Wujud juga keperluan untuk membina asrama desa bagi memudahkan akses pendidikan untuk murid.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keperluan-keperluan ini sedang diberi pertimbangan sewajarnya dan penambahbaikan akan disusuli dengan tindakan yang konkrit.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

YB Fadhlina turut menyatakan penghargaan terhadap inisiatif pihak-pihak yang sedang berusaha untuk membina asrama desa secara tanggungjawab sosial korporat (CSR). Hal ini juga termasuk kepimpinan tempatan yang komited terhadap pembangunan pendidikan di kawasan pedalaman.

Saya hargai komitmen YB Datuk Andi, pemimpin masyarakat dan semua pihak yang sedang mengusahakan pembinaan asrama desa menggunakan kaedah CSR.

Dalam lawatan yang sarat dengan makna tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan pendidikan berupa papan pintar, tablet, alat tulis dan bahan bacaan kepada murid dan pihak sekolah di sekitar daerah Kalabakan. Sekolah yang terlibat termasuklah SK Kalabakan, SK Ulu Kalabakan dan beberapa sekolah lain. Sumbangan ini merupakan hasil kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn, Yayasan Didik Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langkah ini menjadi simbol nyata bahawa Kementerian Pendidikan komited dalam menjunjung prinsip akses pendidikan yang adil dan menyeluruh. Malah, langkah ini juga tidak mengira sejauh mana sesebuah sekolah itu berada.

Sekolah
Sumber Gambar : Facebook Fadhlina Sidek

Kehadiran YB Fadhlina ke pedalaman Sabah membuktikan bahawa pendidikan di luar bandar tidak dipinggirkan, malah diberi perhatian serius dalam agenda pembaharuan pendidikan nasional.

Dengan gabungan usaha kerajaan, wakil rakyat dan masyarakat setempat, impian melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing dari kawasan pedalaman bukan lagi angan-angan, tetapi satu cita-cita yang sedang giat direalisasikan.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *