Ikhlas.com & Rosyam Nor Lancar Cawangan Pertama di Tawau!

TAWAU – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com), penyedia perkhidmatan umrah mesra bajet dengan servis premium di bawah Capital A Berhad. Mereka melebarkan sayapnya dengan pembukaan rasmi cawangan pertama di Sabah. Langkah ini menjadi detik penting dalam usaha ikhlas.com mengukuhkan kehadiran mereka di Malaysia Timur. Khususnya bagi memenuhi permintaan tinggi penduduk Sabah yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Majlis perasmian cawangan yang terletak di pusat komersial ikonik baharu Tawau, T2@Apas. Majlis ini berlangsung meriah dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan, YB Datuk Rina Jainal yang menyempurnakan majlis. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, dan Penasihat Komersial ikhlas.com, yang juga pelakon tersohor negara, Datuk Rosyam Nor.

Menurut Ikhlas Kamarudin, pembukaan cawangan ini membuktikan komitmen ikhlas.com dalam menyediakan pengalaman umrah yang lebih mudah diakses, lengkap dan selesa dengan harga mesra bajet. Beliau turut mengakui permintaan yang sangat tinggi di Sabah, terutamanya di Tawau, sekali gus menjadi faktor utama pembukaan cawangan ini. Tambahnya lagi, kejayaan ini turut didorong oleh dedikasi para ejen atau ‘Sahabat’ ikhlas.com. Mereka sentiasa memberi komited dalam membantu jemaah mendapatkan perkhidmatan terbaik.

Ikhlas.com juga dilihat sangat berhati-hati dalam pemilihan lokasi dan penyediaan perkhidmatan di cawangan baharu ini. Hal ini demi memastikan kebajikan dan kemudahan masyarakat setempat terpelihara. Malah, mereka turut menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di lokasi lain dalam masa terdekat.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Rabia Abu, Pengurus Cawangan Tawau

Pengurus ikhlas.com cawangan Tawau, Rabia Abu turut meluahkan rasa teruja menyambut bakal Duyufurrahman (tetamu Allah) yang sedang mencari pakej umrah terbaik. Katanya, pakej yang ditawarkan bukan sahaja berpatutan, malah hadir dengan pelbagai keistimewaa.

Antaranya perkhidmatan penerbangan berkualiti, pilihan naik taraf tempat duduk yang menarik, serta set bagasi eksklusif yang bergaya. Beliau turut memaklumkan bahawa pelanggan di Tawau bakal menikmati diskaun eksklusif sempena pembukaan cawangan ini.

Cawangan ikhlas.com di Tawau kini beroperasi secara rasmi. Turut menawarkan pelbagai kemudahan mesra pelanggan termasuk akses mesra OKU, ruang letak kenderaan yang luas serta suasana yang selesa untuk pelanggan yang hadir.

Ditubuhkan semasa pandemik COVID-19 pada Oktober 2020, entiti ini kini menjadi platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang dipercayai. Mereka bukan sahaja menawarkan pakej umrah dan perjalanan halal bersama AirAsia, malah turut menyediakan kemudahan untuk zakat, sedekah, aqiqah, fidyah, qurban dan pelbagai lagi.

Penduduk Tawau yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran umrah eksklusif syarikat ini boleh menghubungi talian 089-959475 atau 011-1523 7781. Anda juga boleh terus mengunjungi pejabat cawangan mereka di A.23.3, Aras 2 T2@APAS, Bandar Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *