Agrobank Suntik RM50 Juta, Bantu Lebih 4,000 Usahawan Mikro Menerusi AgroPintar

agrobank

TAWAU – Agrobank terus memperkukuh komitmennya dalam memajukan sektor keusahawanan mikro apabila melancarkan Program Agro Pintar Niaga (AgroPintar). Program ini memperuntukan sebanyak RM50 juta, dijangka memberi manfaat kepada lebih 4,000 usahawan mikro di seluruh negara.

Program AgroPintar merupakan inisiatif komprehensif yang merangkumi pembiayaan, padanan geran i-Tekad dan latihan keusahawanan. Usaha ini dirangka bagi membantu usahawan mikro mengurus serta mengembangkan perniagaan mereka secara mampan. Hal ini sekali gus memperkukuh daya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, AgroPintar menekankan aspek literasi kewangan dengan modul yang menyeluruh. Program ini merangkumi pengurusan kewangan, risiko kredit serta kawalan hutang. “Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan daya tahan serta kecekapan usahawan mikro dalam membuat keputusan perniagaan yang lebih bijak dan berkesan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Program Agro Pintar Niaga sempena Karnival Kewangan yang berlangsung di Eastern Plaza, Tawau, Sabah.

Menurut beliau, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk akses pembiayaan mikro. Hal ini termasuk geran padanan i-Tekad bernilai RM5 juta yang ditawarkan kepada peserta. Program ini merangkumi pelbagai skim pembiayaan seperti Pembiayaan Perniagaan Usahawan Mikro dan Pembiayaan Ladang Kontrak. Tambahnya lagi, tumpuan khusus diberikan kepada usahawan dari golongan berpendapatan rendah untuk memastikan mereka turut mendapat manfaat sewajarnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Agrobank Ransang Pembangunan Sosial Usahawan Mikro

Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah menjelaskan, Agrobank yakin inisiatif ini bukan sekadar menyokong pertumbuhan ekonomi, malah mampu merangsang pembangunan sosial di kalangan usahawan mikro. Para peserta juga akan dibekalkan kemahiran membuat keputusan kewangan yang lebih baik melalui bimbingan berstruktur. Mereka juga akan mendapatkan pemantauan berterusan selama enam bulan selepas program.

Program AgroPintar yang dilaksanakan oleh Agrobank Centre of Excellence (ACE) dan Jabatan Mikro Agrobank ini menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank. Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan mikro yang lebih progresif, berdaya tahan dan lestari dalam jangka panjang.

Dalam majlis sama, Agrobank turut memperkenalkan Video Bersiri Celik Kewangan menerusi kerjasama strategik dengan Financial Education Network (FEN). Video ini menampilkan pempengaruh media sosial popular, Sir Asai. Siri video ini mengandungi 12 episod yang dirangka khusus untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar sekolah secara kreatif dan mudah difahami.

Inisiatif itu bertujuan menanam budaya pengurusan kewangan yang sihat sejak di bangku sekolah. Video ini juga bertujuan menggalakkan amalan 3S – Spend, Save, and Share. Pendekatan ini dilihat mampu mencetuskan kesedaran awal dalam kalangan generasi muda. Terutama tentang pentingnya pengurusan kewangan yang bijak untuk masa depan yang lebih stabil.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *