Kerajaan Negeri Sabah dan RTM Erat Kerjasama Jayakan Program Sabah Berselawat

TAWAU – Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) terus membuahkan hasil positif apabila berjaya menganjurkan Program Sabah Berselawat 2025 Siri Ketiga dengan penuh meriah di Tawau, malam tadi.

Program anjuran RTM Sabah melalui stesen radio SABAHfm itu bukan sahaja menjadi platform menyemai kecintaan terhadap Rasulullah SAW, malah mencerminkan iltizam kerajaan negeri. Terutama dalam memperkukuh agenda keagamaan melalui pendekatan kerjasama strategik bersama institusi penyiaran.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kejayaan program itu membuktikan komitmen kerajaan dalam menyokong penganjuran program keagamaan. Program ini yang manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan.

“Melalui kolaborasi erat bersama badan kerajaan. Terutamanya RTM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kerajaan negeri dapat memastikan mesej dakwah dan penghayatan Islam dapat disampaikan secara meluas dan berkesan.

“Saya berbangga kerana hampir 6,000 hadirin memeriahkan Dewan Masyarakat Tawau malam ini. Ia mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap program keagamaan seperti ini,”. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merasmikan program berkenaan.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Hargai Kerjasama RTM, Rakan Strategik

“Kita amat menghargai sokongan dan kerjasama rakan-rakan strategik seperti RTM. Mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat kepada rakyat, malah turut sama mendidik dan membina jiwa masyarakat. Hal ini dilakukan melalui program berunsur dakwah seperti ini,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri menjamin Islam akan terus dipelihara sebagai agama Persekutuan. Dalam masa yang sama, memberikan ruang dan kebebasan kepada agama lain untuk terus diamalkan dengan aman dan saling menghormati.

“Sabah akan terus menjadi negeri yang sejahtera dan harmoni selagi kita berpegang kepada nilai agama. Selain itu, menjadikan kerjasama dan kefahaman antara semua pihak sebagai asas kepada pembangunan negeri,” katanya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *