Tiga Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan Di Lampu Isyarat Jalan Damai, Tawa

TAWAU – Satu kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Damai, Batu 1, Jalan Apas pada 22 Ogos 2025 kira-kira jam 21:30 malam. Insiden itu menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan dan penyiasatan masih diteruskan oleh pihak polis.

Menurut pihak Polis IPD Tawau, kemalangan berlaku apabila sebuah motokar dipandu seorang wanita berusia 21 tahun bersama penumpang kanak-kanak berumur 1 tahun 6 bulan, anak saudaranya, sedang bergerak dari arah Batu 8 menuju Bandar Tawau. Semasa tiba di lampu isyarat, lampu telah bertukar warna oren, namun pemandu motokar tetap meneruskan pemanduan dengan laju dan bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah Bandar Tawau menuju Kg. Titingan.

Kredit Gambar : Facebook Aris Henry

Pertembungan tersebut berlaku di tengah-tengah kawasan lampu isyarat, menyebabkan motokar hilang kawalan, terbabas ke bahu kiri jalan, merempuh pagar sebuah bengkel dan melanggar sebuah kereta Subaru XV yang sedang diparkir. Hasil siasatan mendapati penunggang motosikal terlibat tidak mempunyai lesen memandu.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Akibat insiden ini, penunggang motosikal, pembonceng berumur 18 tahun dan pemandu motokar mengalami kecederaan parah manakala penumpang kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan.

Kredit Gambar : Facebook Aris Henry

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berkenaan kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes di IPD Tawau bagi membantu siasatan.

Sumber : Kenyataan Media Ibupejabat Polis Daerah Tawau

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *