Beli produk di De’Label Tawau, dapat tiket cabutan – ‘Hailak’, motor antara hadiah menanti

Beli produk di De’Label Tawau, dapat tiket cabutan – ‘Hailak’, motor antara hadiah menanti

TAWAU, 4 September 2026 – Berita baik buat peminat fesyen dan dunia permotoran di Tawau dan sekitarnya! Setiap pembelian produk di De’Label Apparel yang layak kini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan satu tiket cabutan bertuah sempena Mega Sabah Motorsport Day V2.

Kerjasama istimewa antara De’Label Apparel, Sensini dan BangKong Motorsport itu menawarkan peluang kepada pelanggan bukan sahaja mendapatkan produk pilihan, malah berpeluang membawa pulang hadiah utama menerusi cabutan bertuah yang diadakan sempena acara permotoran berkenaan.

De’Label Tawau

Mega Sabah Motorsport Day V2 dianjurkan oleh BangKong bersama Macik Rina Madodong dan bakal berlangsung pada 25 hingga 29 November 2026 bertempat di Airport Lama Tawau.

Lebih menarik, antara hadiah utama yang ditawarkan menerusi cabutan bertuah itu ialah Toyota Hilux 2.8, Isuzu D-Max, Yamaha RX-Z dan Yamaha 125-ZR.

De’Label Tawau

Dalam pada itu, pelanggan yang berpeluang mendapatkan tiket cabutan bertuah turut boleh menyokong kemeriahan acara permotoran yang menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan dunia automotif dan motosikal di Tawau.

Jadi, bagi yang memang sedang mencari pakaian dan aksesori, inilah masanya untuk mendapatkan pilihan anda di De’Label Apparel dan pada masa sama merebut peluang untuk memenangi hadiah utama yang cukup lumayan menerusi Mega Sabah Motorsport Day V2.

#TawauKini