TAWAU – Keprihatinan terhadap nasib masyarakat terus dizahirkan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, apabila beliau meluangkan masa menziarahi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang sedang menjalani ujian kesihatan akibat neurofibromatosis (ketumbuhan tumor).
Menerusi perkongsian di Facebook, Nizam memaklumkan kanak-kanak berkenaan menetap bersama ibunya di kawasan Jambatan 8, Kampung Hidayat, Batu 4.5, Jalan Apas, Tawau.

Dalam kunjungan itu, beliau turut menyampaikan tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga berkenaan sebagai usaha kecil untuk memberi semangat serta meringankan beban yang sedang dihadapi.
Nizam turut mengajak orang ramai bersama-sama menitipkan doa agar segala urusan rawatan dan proses mendapatkan kesihatan dipermudahkan, selain diberikan kekuatan serta ketabahan kepada kanak-kanak berkenaan dan keluarganya.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan kesihatan yang baik buat adik ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi perkongsian tersebut.

Kunjungan itu turut mencerminkan pentingnya perhatian dan sokongan masyarakat terhadap keluarga yang sedang melalui ujian kesihatan, khususnya apabila melibatkan kanak-kanak.
Dalam keadaan berdepan cabaran kesihatan, sokongan moral dan keprihatinan daripada pelbagai pihak sekurang-kurangnya dapat memberikan kekuatan kepada keluarga untuk terus tabah menjalani proses rawatan.
Semoga kanak-kanak berkenaan dipermudahkan segala urusan rawatan, diberikan kesembuhan serta kekuatan untuk menghadapi ujian bersama keluarganya.