Demi laut dan masa depan, ReLaut seru belia turun padang bersihkan kawasan Kampung Air Tengah

Demi laut dan masa depan, ReLaut seru belia turun padang bersihkan kawasan Kampung Air Tengah

SEMPORNA: Pertubuhan ReLaut mengajak masyarakat setempat, khususnya golongan belia dan sukarelawan, menyertai program Clean Up Kampung Air Tengah yang akan berlangsung Sabtu ini sebagai usaha bersama memelihara kebersihan persekitaran dan kelestarian ekosistem.

Program gotong-royong itu dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2026, bermula jam 7 pagi hingga 1 petang di Kampung Air Tengah.

relaut

Menurut ReLaut, program berkenaan bukan sekadar aktiviti pembersihan, sebaliknya menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta memastikan ekosistem sekitar terus sihat.

Orang ramai diseru hadir beramai-ramai bagi menyumbang tenaga dalam usaha membersihkan kawasan berkenaan selain memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti.

Golongan belia dan sukarelawan turut menjadi antara kumpulan yang diberi penekanan untuk menyertai program berkenaan, sekali gus menjadikan usaha menjaga alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama.

ReLaut berkata, penglibatan masyarakat secara langsung penting dalam memastikan persekitaran kekal bersih dan selamat, selain membantu membina kesedaran bahawa kelestarian alam sekitar memerlukan komitmen berterusan.

Program berkenaan turut membawa mesej “Jaga alam, jaga laut, jaga masa depan”, selari dengan usaha memupuk budaya menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dalam komuniti.