TERKINI | Pusat Tuisyen Saujana (PTS) Tawau kini membuka pendaftaran pelajar baharu bagi sesi persekolahan 2027, menawarkan bimbingan akademik dari Darjah 1 hingga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Dua dekad beroperasi di Tawau sejak 2006, pusat tuisyen ‘legend’ ini menawarkan pelbagai subjek termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.

Bagi pelajar SPM, pilihan turut merangkumi Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Ekonomi, Akaun dan Perniagaan, manakala pelajar STPM boleh mendapatkan bimbingan bagi Pengajian Am, Sejarah, Ekonomi dan MUET.
Yuran pembelajaran bermula RM45 sebulan bagi satu subjek untuk pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 2, dengan kadar meningkat sebanyak RM5 mengikut peringkat pendidikan. Pusat Tuisyen Saujana turut mempunyai lebih 30 tenaga pengajar (tutor/ guru) yang telah melalui proses saringan ketat, bahkan terdapat guru yang memiliki pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun di PTS.
Pusat tuisyen itu kini beroperasi di dua lokasi, iaitu Sabindo dan OUM Bandar Sri Indah (BSI). Kelas di Sabindo berlangsung Isnin hingga Jumaat, dari jam 3 petang hingga 5 petang serta 7 malam hingga 9 malam, manakala kelas di BSI diadakan pada Sabtu dan Ahad, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Selain pembelajaran akademik, PTS turut menganjurkan aktiviti seperti program persediaan peperiksaan, pertandingan bercerita dan program cuti sekolah. Pada 2024, pusat itu juga pernah bekerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi melaksanakan program persediaan SPM yang melibatkan pelajar sekolah, termasuk dari kawasan pedalaman.
Ibu bapa yang berminat boleh menghubungi 017-388 9269 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran, pilihan subjek, jadual kelas, yuran dan kekosongan tempat.
Pusat Tuisyen Saujana – Membina Generasi, Mencipta Masa Depan.
#TawauKini





