Tawau berduka, Kebakaran di Batu 2, Bersama Ringankan Beban Mangsa

Tawau berduka, Kebakaran di Batu 2, Bersama Ringankan Beban Mangsa

TAWAU – Kebakaran yang berlaku di Taman Fook Hwa, Lorong Haji Fakir Muhammad, Batu 2, Jalan Apas, di sini malam tadi menjadi ujian buat penduduk terjejas, sekali gus mengundang keprihatinan masyarakat untuk bersama-sama menghulurkan bantuan.

Kebakaran difahamkan bermula sekitar jam 10 malam, namun jumlah sebenar rumah yang terjejas masih belum dapat dipastikan setakat ini.

May be an image of fire

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 9.31 malam sebelum menggerakkan 26 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum diketahui dan maklumat lanjut mengenai jumlah kediaman yang terlibat belum diperoleh.

Dalam situasi sukar ini, warga Tawau diseru untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa menerusi Pertubuhan Kebajikan Bina Amal Tawau.

Sumbangan orang ramai, sama ada dalam bentuk keperluan asas atau bantuan lain yang bersesuaian, diharap dapat meringankan beban mangsa yang berdepan kehilangan dan kerosakan akibat kejadian berkenaan.

Musibah ini menjadi peringatan bahawa keprihatinan dan semangat kebersamaan masyarakat amat bermakna ketika saudara kita berdepan saat sukar.

Warga Tawau, marilah bersama menghulurkan bantuan dan menunjukkan solidariti kepada mangsa kebakaran di Taman Fook Hwa.