Tawau Berdepan Penggiliran Elektrik Hingga 30 November, Semak Kawasan Terlibat

Tawau Berdepan Penggiliran Elektrik Hingga 30 November, Semak Kawasan Terlibat

TAWAU: Penduduk di beberapa kawasan sekitar Tawau perlu bersedia menghadapi pelaksanaan jadual penggiliran bekalan elektrik yang dikeluarkan Sabah Electricity bermula hari ini hingga 30 November 2026 susulan keadaan sistem penjanaan elektrik di Pantai Timur Sabah.

Berdasarkan jadual terkini bertarikh 27 November 2026, penggiliran bekalan dibahagikan kepada empat kumpulan atau giliran melibatkan beberapa kawasan perumahan, kampung, premis perniagaan dan kemudahan awam di daerah ini.

Setiap giliran dijangka menerima bekalan elektrik selama tiga jam, namun masa dan tempoh sebenar pembekalan bergantung kepada keadaan semasa rangkaian grid.

Tawau Berdepan Penggiliran Elektrik Hingga 30 November, Semak Kawasan Terlibat

Kawasan Tawau mengikut giliran

Antara kawasan yang disenaraikan dalam jadual penggiliran adalah seperti berikut:

Giliran 1

1. Kampung Pasir Putih, Bukit Gemok, Sin San dan Sabah Softwood.

2. Jalan Kongsi 10, Megah Jaya dan Kampung Janda.

3. SMK Kuhara, SMK St Patrick, Taman Gembira dan Hill Top Sentosa.

4. Kampung Merotai Besar, Kampung Simpang Tiga dan Kampung Menggaris.

5. Taman Air Panas, Taman Victoria, Kampung Muhibbah Raya dan Kolej Vokasional.

6. Taman Bunga Raya, Taman Mandarin, Kampung Titingan dan sekitar MPT.

Giliran 2

1. Wisma Jin Ho, LA Hotel, Pejabat Pos dan Sabindo Square.

2. Jalan Apas Batu 17, Kampung KK Dulang dan Kuarters Borneo Samudera.

3. Flat Sri Balung, PPRT Balung dan SMK Balung.

4. SMK Pasir Putih, SK Pasir Putih dan Kampung Pasir Putih Baru.

5. Takada, Taman Dingin, Kuhara Court dan Damai Plaza.

6. Taman Sejati, PPRT Semarak  serta Semarak Indah.

Giliran 3

1. Pejabat dan Kuarters KKM.

2. Tanjung Batu Keramat, Kampung Pukat dan kawasan Hap Seng Kuari.

3. Taman Suria, Jalan Dominik, Balai Bomba, Pasar Baru dan Terminal Bot.

4. PDC Light Industry, Kampung Jati dan Bandar Sri Indah.

5. Sin Onn Tiku, Taman Kapital, Taman Royal dan Taman Residen.

6. Taman Uni Villa, Uni Park Industrial dan Taman Ria 1 hingga 9.

7. Jalan Kelapa, Hotel Emas, Balai Polis dan Pasar Gantung.

Giliran 4

1. Unijaya Air Panas, Kubota Central, Taman Tawau 1 dan 2 serta Kubota Bintang.

2. Kampung Apas Gading, Kampung Wakuba Gading dan Kampung Gading Paya.

3. Kampung Hidayat, Taman Pasadena dan Taman Hua Lee.

4. Taman King Fook, Bukit Kukusan dan Kampung Butun.

5. Pulau Sebatik termasuk Kampung Wallace Bay, Kampung Harapan dan Kampung Mentadak.

6. Kem Kubota, One Arena, Kubota Square dan Taman Bintang.

7. Taman Leitz, Jalan Masjid, Mahkamah dan Bangunan MPT.

Jadual masa penggiliran

Bagi memudahkan pengguna membuat persediaan, berikut jadual masa yang ditetapkan:

Giliran – Tarikh dan masa

Giliran 1 – 27 Nov, 3 petang – 6 petang

Giliran 2 – 27 Nov, 6 petang – 9 malam

Giliran 3 – 27 Nov, 9 malam – 12 tengah malam

Giliran 4-  28 Nov, 12 tengah malam – 3 pagi

Jadual seterusnya turut menetapkan penggiliran pada 28, 29 dan 30 November mengikut kumpulan masing-masing.

Sabah Electricity memaklumkan anggaran masa penggiliran dibuat berdasarkan keadaan semasa sistem penjanaan di Tawau dan Sandakan, manakala masa serta tempoh sebenar pembekalan bergantung kepada keadaan rangkaian grid ketika itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan merancang penggunaan elektrik, mengecas peranti komunikasi lebih awal dan memastikan keperluan penting tersedia sepanjang tempoh penggiliran.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Sabah Electricity di 15444 atau 088-515000, menggunakan aplikasi mySE+ atau mengikuti Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.