Media: Wira Tanpa Senjata, Kebajikan Mereka Wajar Terus Dijaga

PUTRAJAYA – Dalam dunia yang penuh maklumat dan cabaran, pengamal media sering kali menjadi barisan hadapan yang menyampaikan berita dengan penuh dedikasi. Mereka bukan sahaja menyuluh kebenaran, malah menjadi suara masyarakat. Namun di sebalik kerja keras mereka, aspek kebajikan para wartawan jarang mendapat perhatian sewajarnya.

Menyedari keperluan ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bersama penganjur Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tampil menzahirkan keprihatinan terhadap salah seorang warga media, Pengarang Foto New Straits Times (NST), Ikhwan Munir, 50. Beliau kini sedang menjalani rawatan kanser usus di Hospital Putrajaya.

Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA Ringankan Beban

Lawatan selama 30 minit oleh Datuk Fahmi bersama pasukan HAWANA telah membawa sumbangan kewangan melalui Tabung Kasih@HAWANA. Bukan itu sahaja, lawatan ini juga menyuntik semangat dan penghargaan yang mendalam kepada Ikhwan seorang pengamal media yang telah menabur bakti sejak 1996.

“Sumbangan ini amat bermakna kepada Ikhwan dan keluarganya, terutama dalam menghadapi ujian yang berat ini,” kata Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Jasbant Singh. Jasbant turut menzahirkan penghargaan kepada Hospital Putrajaya atas rawatan berkualiti yang telah membantu memulihkan keadaan Ikhwan. “Beliau kini sudah boleh duduk, berjalan, makan dan kelihatan lebih ceria berbanding sebelumnya,” jelas beliau.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (dua, kanan) menyantuni dan seterusnya menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Editor Foto The New Straits Times (NST) Ikhwan Munir, di Hospital Putrajaya. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA Nur-ul Afida Kamaludin (tiga, kanan). – foto BERNAMA

Keprihatinan Berterusan

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA. Selain itu, turut serta Pengarang Kumpulan Berita Harian, Zulkifli Jalil.

Dalam kenyataannya, Datuk Fahmi merakamkan penghargaan kepada Media Prima atas keprihatinan berterusan terhadap kakitangannya. Selain itu beliau turut memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan terus memantau keadaan Ikhwan. Bukan setakat itu sahaja, beliau turut menyatakan akan mempertimbang bantuan susulan jika diperlukan. tegas Fahmi.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

405 Pengamal Media Terima Bantuan Sejak 2023

Menurut Fahmi, seramai 405 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA. Tabung ini telah dilancarkan sempena sambutan HAWANA 2023. Menjelang HAWANA 2025 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) Sabtu ini, lebih ramai lagi disasarkan untuk menerima bantuan. “Kita bukan hanya bantu lebih ramai, tetapi juga meneliti keperluan untuk menyampaikan bantuan tambahan kepada mereka yang pernah dibantu sebelum ini,” katanya.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Wartawan Juga Manusia

Kisah Ikhwan mengingatkan kita bahawa di sebalik wajah mereka yang menyoal, menulis dan merakam, para wartawan juga adalah manusia biasa, punya keluarga, bebanan dan emosi. Justeru, usaha murni seperti Tabung Kasih@HAWANA seharusnya disokong dan diperluas agar kebajikan wira-wira informasi negara terus terjaga. Dengan pena, mereka melakar sejarah. Dengan perhatian, kita mampu membalas jasa.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *