Isu Elektrik Tidak Seharusnya Dijadikan Isu Politik Semata-mata

TAWAU – Masalah bekalan elektrik yang berlaku di Pantai Timur Sabah baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan isu politik, sebaliknya semua pihak perlu bersatu dalam membantu menyelesaikan permasalahan tersebut, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Datuk Nizam bersama dengan penduduk kampung meraihkan Sambutan Maulidur Rasul

Beliau menjelaskan, gangguan elektrik berkenaan berpunca daripada kejadian tanah runtuh di Penampang yang menjejaskan menara pencawang utama, dan bukannya kelemahan kerajaan atau pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Pantai Timur Sabah selama empat hingga lima hari. Namun, kakitangan SESB telah bekerja keras tanpa henti, siang dan malam, untuk membaiki kerosakan dan memastikan bekalan kembali stabil,” katanya.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, pihak pembangkang tidak sepatutnya menunggang isu tersebut demi kepentingan politik.

“Isu ini adalah bencana alam. Sepatutnya mereka menunjukkan kepimpinan dengan memberi sokongan moral kepada warga kerja SESB, bukannya menuding jari dan menambah tekanan kepada keadaan,” tegasnya.

Akademi Bola Sepak Tawaukini

Baca Juga : Parti Kelapan Di Dalam Gabungan Rakyat Sabah

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha kakitangan SESB yang berdepan risiko ketika melaksanakan tugasan.

“Kita amat sedih apabila dimaklumkan terdapat seorang kakitangan SESB yang terkorban ketika bertugas akibat cuaca buruk. Ini membuktikan betapa besar pengorbanan mereka demi memastikan rakyat kembali mendapat bekalan elektrik,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nizam menyeru rakyat agar menilai dengan matang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan masyarakat ketika berdepan krisis.

Penduduk kampung yang hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul

 

Sementara itu, ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Titingan di Masjid Babuk Khair, beliau turut mengingatkan umat Islam agar meneladani sifat-sifat Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

“Dengan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW, kita dapat membina masyarakat yang bersatu padu, berakhlak tinggi dan hidup dalam keharmonian,” tambahnya.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Platform Tawaukini kami di Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *