Awang Juri Dilantik Pengarah JHEAINS, Perkukuh Syiar Islam di Sabah

Kota Kinabalu – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Awang Juri bin Ag Tahir atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Pelantikan ini diumumkan oleh pihak JHEAINS melalui Pejabat Direktorat. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), sekali gus mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri ini.

Menerusi pelantikan tersebut, beliau kini memikul amanah yang lebih besar dalam menerajui JHEAINS, khususnya dalam usaha memperkukuh syiar Islam serta memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Islam di seluruh Sabah.

Diharapkan agar tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan dedikasi demi memastikan agenda pembangunan ummah serta pengukuhan institusi Islam di negeri ini terus diperkasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *