Empat wakil Tawau gegar Sandakan – 3Brothers Boxing Club raih 2 TKO di Storm Boxing 2026

3Brothers Boxing Club

TAWAU, 17 Februari 2026 – Empat peninju muda dari 3Brothers Boxing Club (3BBC) Tawau membuktikan semangat juang tinggi apabila mencatat dua kemenangan TKO dan dua kekalahan menerusi keputusan mata dalam kejohanan Storm Boxing Champions 2026 yang berlangsung di Sandakan, baru-baru ini.

Mewakili Tawau, pasukan 3BBC membuka tirai 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila dua petinju berjaya menamatkan perlawanan menerusi kemenangan TKO, manakala dua lagi terpaksa akur tewas berdasarkan kiraan mata. Antara peninju yang beraksi ialah Izwan (50kg), Samir (48kg), Farhan (52kg) dan Pagi (51kg). Persembahan mereka di dalam gelanggang mendapat pujian atas keberanian dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang pertarungan.

Presiden merangkap pengasas 3BBC, Hardi Kadir, bersama barisan jurulatih Ahmad Rizamsyah MN dan Syah Mohd serta pembantu jurulatih Ahmad Faruki, turut dizahirkan penghargaan atas komitmen melatih bakat-bakat muda Tawau. Kelab yang berpusat di Taman Good View, Teratak Minang Bacok, Batu 3, Tawau itu berharap pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

 

#TawauKini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *