Rosdi Mat Jusoh Dilantik Ketua Polis Daerah Tawau, Pangku Pangkat ACP

Rosdi Mat Jusoh Dilantik Ketua Polis Daerah Tawau, Pangku Pangkat ACP

TAWAU – Supt. Rosdi Mat Jusoh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Menerusi Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah, seluruh warga jabatan itu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat serta pelantikan berkenaan.May be an image of text that says "FOLIES DIRAJA MALAYSIA POLIS DIRAJA MALAYSIA TEGAS ADIL BERHEMAH Sekalung NH Setinggi Setinggi-tinggi -tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada POISTA YDH SUPT. ROSDI BIN MAT JUSOH atas kenaikan pangkat ke ASISTEN KOMISIONER POLIS (ACP) NAWAH serta pelantikan sebagai KETUA POLIS DAERAH TAWAU TAWAU! memangku pangkat ACP " Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul akan terus memberi inspirasi, kecemerlangand dan keberkatan dalam memacu keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, Ikhlas Daripada WARGA KERJA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SABAH"

Menurut kenyataan itu, kenaikan pangkat dan amanah baharu yang diberikan diharap menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam memimpin organisasi, memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepolisan serta terus menyumbang bakti demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

“Warga JSPT IPK Sabah mendoakan agar YDH Tuan terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

JSPT Kontinjen Sabah turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Rosdi dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Tawau yang baharu.

Sumber: Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah.