Ada kekeliruan pada Jadual SPM 2026, Lembaga Peperiksaan tampil memohon maaf

Ada kekeliruan pada Jadual SPM 2026, Lembaga Peperiksaan tampil memohon maaf

KUALA LUMPUR – Jadual SPM 2026 kembali menjadi perhatian susulan keresahan yang mula disuarakan mengenai susunan peperiksaan tahun ini, yang dilihat berbeza daripada kebiasaan.

Berdasarkan jadual terkini, Ujian Mendengar dan peperiksaan bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada 23 November 2026, manakala bagi Bahasa Inggeris kedua-duanya ditetapkan pada 24 November 2026. Susunan itu dilihat sebagai perubahan ketara berbanding pelaksanaan sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Lembaga Peperiksaan memohon maaf berhubung kekeliruan yang timbul berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan pada 18 Ogos lalu.

spm

Sumber : Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan berkata pihaknya mengambil serius perkara berkenaan dan akan memperkemas proses semakan serta penyampaian maklumat bagi mengelakkan kekeliruan sama berulang.

Semua pihak diminta menjadikan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan menerusi saluran rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan utama, manakala sebarang perkembangan berkaitan jadual berkenaan hendaklah dirujuk melalui saluran rasmi.